30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

Jika perlu, undang-undang yang sedia ada dipinda untuk mengembalikan hak kesaksamaan kepada rakyat yang terpinggir mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia

Mesti Baca

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina Othman.

Beliau yang kembali ke jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, perkara itu antara isu yang akan disemak semula di bawah portfolionya.

“Saya juga akan memastikan isu-isu berkaitan undang-undang dan reformasi institusi yang tertunggak, termasuk status kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu-ibu warganegara Malaysia, akan diteruskan.

“Dan jika perlu, undang-undang yang sedia ada dipinda untuk mengembalikan hak kesaksamaan kepada rakyat yang terpinggir mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia, dan yang tidak diberi layanan sama rata di negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Sidang Khas Parlimen sepatutnya cari penyelesaian isu Covid-19

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, selain isu berkenaan, beliau juga memberi perhatian terhadap usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memelihara kebebasan budi bicara institusi tersebut.

Beliau berkata, ia selaras dengan porfolio beliau yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan usaha merentasi kerajaan.

“Fokus utama portfolio ini adalah untuk menyemak semula undang-undang yang lapuk dan membuat pindaan yang diperlukan agar undang-undang tersebut relevan pada masa kini,” kata beliau.

Azalina berkata, beliau yakin banyak cabaran yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Perpaduan mengharungi penggal akan datang dengan mengambil kira kesan pandemik COVID19 dan kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku pada tahun 2023.

Baca juga:   PM adakan lawatan ke Brunei esok

Namun begitu, beliau amat mengharapkan kerjasama yang baik dengan semua wakil rakyat daripada pelbagai parti untuk menangani cabaran ini.

Sementara itu, Azalina merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengutamakan pembangunan negara dan berani mengetepikan politik kepartian.

Beliau juga memuji Presiden UMNO itu kerana sanggup menghulurkan tangan kepada pihak politik lawan demi menaikkan tahap politik BN dan masa depan negara. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

LPPKN, JKN gempur saringan HPV DNA di seluruh negara

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA...

Lagi Artikel Berkaitan