32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Saya pula mimpi rumah ada api dalam sekam – Isham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA juga ada mimpi semalam. Saya mimpi dalam rumah kita ada api dalam sekam,” kata Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Beliau berkata demikian bagi membalas kiasan sinis Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau bermimpi ‘rumah UMNO’ sedang terbakar.

Isham berkata, dalam mimipinya itu, terdapat api yang mahu membakar rumah tersebut supaya semua penghuninya merempat dan pergi menumpang ke rumah orang lain.

“Orang lain itu adalah tuan kepada api ini dan dia sudah lama mahu bakar rumah kita dan halau kita keluar dari rumah sendiri.

“Sebelum rumah kita terbakar, kita perlu keluarkan api dalam sekam ini. Baru rumah kita selamat dan keluarga kita bahagia. Semoga Allah SWT merahmati kita semua,” katanya hari ini.

Terdahulu, Annuar, antara pemimpin yang dikatakan dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi, memberi kiasan seolah-olah mengesahkan pemecatannya tersebut.

Menerusi Facebooknya, bekas menteri Kabinet itu berkata, beliau bermimpi rumah pusaka didiaminya terbakar, disyaki disebabkan litar pintas pada suis utama atau wayar putus.

Katanya, dalam mimpinya itu, ramai penghuni sudah lari meninggalkan rumah yang terbakar atau dibakar.

Membalas kiasan Annuar itu, Isham mendakwa Annuar mengimpikan mahu terus menjadi menteri tetapi tidak menjadi kerana tiada rezeki.

“Tidak mengapa, reda sahajalah ketentuan Allah SWT, Dia penentu segala.

“Kita hanya manusia yang berusaha, jika Allah tidak izin, maka adalah sebabnya. Menang itu penting, namun bagaimana kita menang itu lebih penting, jika sumber kemenangan itu tidak berkat, maka kifarah akan bersemuka,” katanya.

“Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.

“Ketika api masih marak dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba-tiba saya ditarik keluar dari api yg membakar. Kini saya hanya mampu lihat kebakaran dari luar,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan