34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lebih 90 peratus undi awal di Padang Serai, Tioman – SPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 95.88 peratus atau 233 anggota polis telah mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, terdahulu dua pusat pengundian awal DUN Tioman telah bermula pada 8 pagi itu, berjalan lancar.

“Ia melibatkan pusat mengundi di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan di Bilik Maklumat Balai Polis Tekek Pulau Tioman.

“Sementara, peratusan mengundi bagi Parlimen Padang Serai, Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim mencatatkan sejumlah 93.42 peratus atau 71 orang pengundi awal berdaftar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jumlah keseluruhan pengundi awal di kedua-dua kerusi yang ditandingi ialah seramai 395 orang iaitu 319 pengundi bagi kerusi Parlimen Padang Serai manakala 76 lagi bagi DUN Tioman.

Kata beliau, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik pada hari ini.

PRU15 di kedua-dua kawasan tersebut sebelum ini ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan