31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Annuar sah dipecat daripada UMNO

Tindakan itu dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan UMNO yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan dua lagi pemimpin akar umbi parti itu dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut menerima nasib sama ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim,

Shamsiah merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Shahidan Kassim manakala Fatimah adalah isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

“Pemecatan mereka berkuat kuasa serta merta dengan surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini,” kata Ahmad seperti dilaporkan BH Online.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya.

Katanya, tindakan itu termasuk jika seseorang ahli terbukti melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti serta perkara mengenai tata etika ahli.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu dilaporkan digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Shahidan dan Ismail yang tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di kedua-dua kerusi tersebut.

Sementara, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan