23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Zahid berbohong, langgar ketetapan Dewan Presiden BN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berbohong apabila mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang isi kandungannya bertentangan dengan ketetapan Dewan Presiden Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, ketika mesyuarat Dewan Presiden BN malam tadi, Zahid yang juga Pengerusi BN mengaku mengutuskan surat tersebut yang tular menerusi media sosial hari ini.

Beliau berkata, surat bertarikh 22 November 2022 menggunakan kepada surat BN dan ditandatangani Zahid konon BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10 bukan keputusan konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada tarikh tersebut.

“Sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.

“Apa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN telah mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Tak mungkin BN gabung dengan PH - Ismail Sabri

Sin Woon yang turut menghadiri mesyuarat itu malam tadi berkata, Zahid pada mulanya tidak mengaku ada mengutus surat kepada Seri Paduka Baginda yang memberi sokongan kepada Anwar, namun akhirnya mengaku selepas seorang kepimpinan tertinggi parti mengemukakan bukti.

Beliau berkata, surat yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong itu jelas melanggar ketetapan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi BN dan Zahid mengemukakan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda.

Baca juga:   Pengorbanan hebat Ahmad Zahid, Najib demi UMNO

Justeru beliau menegaskan, Zahid tidak lagi layak untuk memimpin BN sebagai Pengerusi parti dan mengulangi desakan agar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meletakkan jawatan secara kehormat.

Malahan beliaun turut mengulangi desakan agar tempat Zahid itu diambil alih oleh Datuk Seri Mohamad Hasan sepertimana dicadangkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Malah Sin Woon mengulangi desakan sekali lagi menggesa agar Ahmad Zahid meletakkan jawatan secara terhormat seterusnya digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan seperti yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran turut mengesahkan bahawa Zahid telah mengutuskan surat sokongan kepada Anwar itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Malaysiakini melaporkan, Vigneswaran berkata, tindakan Zahid yang juga Presiden UMNO itu memburukkan lagi keadaan dalam kemelut penubuhan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan kenyataan mendakwa surat Zahid kepada Agong yang tular itu adalah palsu.

Baca juga:   PDRM hantar 10 pegawai, anggota sertai Misi PBB Sudan Selatan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan