25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Sekuriti makanan terjamin di bawah kerajaan Keluarga Malaysia

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh MUHAMMAD ZHARIF LUQMAN HASHIM

SEJAK Januari lalu, peningkatan harga yang diukur berdasarkan kepada pertumbuhan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi makanan dan minuman mengatasi harga keseluruhan barangan dalam ekonomi.

Data menunjukkan peningkatan harga makanan dan minuman pada Jun 2022 adalah yang tertinggi sejak 2015.

Peningkatan harga makanan dan minuman ini memberi kesan besar kepada isi rumah kerana mereka memperuntukkan sekitar 29.5 peratus daripada perbelanjaan mereka ke atas makanan dan minuman.

Lonjakan harga makanan isu global

Isu peningkatan harga makanan yang melanda Malaysia pada ketika ini adalah isu global. Sebagai sebuah negara kecil yang terbuka dan berdagang, Malaysia tidak boleh mengelak daripada menerima kesan ke atas gelagat negara-negara lain terutamanya negara-negara yang menjadi pembekal utama kepada bahan mentah sektor pertanian dan industri makanan di Malaysia.

Malaysia bergantung tinggi kepada import makanan dan juga import bahan mentah seperti makanan ayam daripada negara luar.

Negara-negara pengeksport ini telah mengalami gangguan pengeluaran akibat daripada impak pandemik Covid-19, ketidaktentuan cuaca dan keadaan geopolitik.

India umpamanya, telah menghadkan eksport gandum kerana faktor cuaca yang menghadkan pengeluaran gandum.

Peperangan antara Rusia dan Ukrain walaupun hanya memberi kesan langsung yang minimal kepada Malaysia namun peperangan tersebut memberi kesan langsung kepada negara-negara yang berdagang dengan Malaysia seperti Eropah. Dengan keadaan tersebut, Malaysia juga terkesan secara tak langsung.

Kesan inflasi dan sekuriti makanan negara

Apakah kesan inflasi ini kepada rakyat? Selain daripada kuasa membeli rakyat semakin berkurangan akibat kenaikan tingkat pendapatan yang lebih rendah berbanding kenaikan harga barangan tekanan kepada sekuriti makanan turut menjadi perkara yang perlu diberi perhatian.

Mengapa sekuriti makanan penting kepada rakyat? Sekuriti makanan bermaksud makanan yang dibekalkan dalam pasaran domestik mencukupi untuk keperluan rakyat, mudah diperolehi, dan bekalan yang berterusan dan stabil.

Strategi proaktif kerajaan

Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjalankan pelbagai strategi untuk mengurangkan tekanan kos hidup dan memastikan sekuriti makanan menjadi agenda utama untuk menjaga kebajikan rakyat dan memastikan daya tahan negara untuk mendepani pelbagai cabaran global.

Baca juga:   PRU15: 363,515 petugas dilantik lancarkan proses mengundi

Gambar rajah di bawah dapat memberi gambaran strategi yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan sepanjang rantaian bekalan makanan pada ketika ini.

Baca juga:   BN akan tawan semula Putrajaya - Ismail Sabri

Secara spesifiknya, pihak kerajaan telah merangka strategi jangka masa pendek antaranya ialah menyediakan pemberian subsidi langsung kepada pengeluar bagi menstabilkan harga makanan di pasaran serta mengimbangi kos pengeluaran makanan.

Sebagai contoh, harga ayam runcit di pasaran adalah pada RM9.40 sekilogram manakala harga minyak masak (botol) runcit pula pada RM7.10 sekilogram.

Kerajaan juga masih memberi subsidi bahan api bagi mengawal inflasi makanan dan barangan lain dalam ekonomi.

Perkara ini susulan daripada timbulnya trend peningkatan harga minyak mentah yang meningkat daripada USD84.1 setong pada Januari 2022 hingga mencecah USD114.7 setong pada Jun 2022.

Perkara ini turut menyumbang kepada perbelanjaan subsidi yang terbesar di dalam sejarah iaitu jangkaan subsidi hampir sebanyak RM80 bilion bagi tahun 2022.

Jika subsidi bahan api dikurangkan, ini akan meningkatkan harga bahan api dan peningkatan harga bahan api ini akan memberi impak berganda kepada inflasi makanan dan keseluruhan barangan.

Malaysia juga dilihat bakal bekerjasama dengan kerajaan Turkiye dalam memperkasakan sekuriti makanan.

Ismail Sabri ketika melawat Makine ve Kimya Corporation di Istanbul, Turkiye. – Sumber: FB Bernama

Perjumpaan Perdana Menteri bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

Ini membuktikan komitmen dan usaha proaktif kerajaan dalam menstabilkan bekalan makanan di Malaysia dengan adanya Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA).

Selain itu, Malaysia juga akan bekerjasama dengan Turkiye untuk memperkukuh beberapa aspek sokongan dalam sektor makanan seperti pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkongsian maklumat dan pengalaman.

Usaha jangka masa panjang

Setelah sekian lama diperjuangkan oleh pakar, akhirnya strategi mengubah struktur pengeluaran sektor pertanian dan makanan telah diambil kira oleh kerajaan.

Strategi ini bersifat jangka panjang kerana ianya memakan masa yang lebih lama untuk melihat keberkesanannya.

Merujuk kepada dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), pihak kerajaan telah mengusulkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN 2021-2025).

Pelan tindakan tersebut telah berjaya direalisasikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan menumpukan 5 teras, 15 strategi dan 96 inisiatif dalam memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan dan situasi luar jangka.

Baca juga:   Baladna berpotensi jadi rakan kongsi FELCRA, FGV - Ismail Sabri

Kerajaan juga telah menghapuskan sistem permit import (AP) yang akan memberi peluang lebih ramai pembekal untuk mengimport makanan dan bahan mentah.

Ini akan menjadikan sektor pertanian dan makanan lebih kompetitif dan berdaya saing di masa hadapan. Kaedah ini akan mengurangkan kuasa monopoli ke atas pasaran yang seterusnya akan dapat menstabilkan harga di masa hadapan.

Tambahan daripada itu, usaha untuk meningkatan sekuriti makanan bukanlah usaha kerajaan persekutuan semata-mata. Malah, penglibatan seluruh kerajaan negeri diperlukan bagi menjayakan agenda nasional ini.

Baca juga:   Baladna berpotensi jadi rakan kongsi FELCRA, FGV - Ismail Sabri

Satu inovasi baharu tadbir urus telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan isu sekuriti makanan turut diteliti secara proaktif yang didasari pelbagai peringkat pentadbiran.

Penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Peringkat Negeri dan Daerah telah dipersetujui bagi memastikan Pelan Tindakan DSMN 2021-2025 dapat dilaksanakan sebaiknya bagi mencapai objektif yang disasarkan.

Sekuriti makanan juga memerlukan kepada pelaburan berskala besar supaya kapasiti pengeluaran makanan negara dapat ditingkatkan. Malah strategi yang lebih ampuh diperlukan supaya negara turut mampu menjadi pengeksport makanan.

Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Putrajaya, baru-baru ini.

Kerajaan Malaysia telah membuat satu rundingan bersama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menawarkan pelaburan berbalik dalam sektor pertanian, sekaligus membantu UAE menjadi hab makanan di Timur Tengah.

Malah, pengeluar tenusu Qatar iaitu Syarikat Baladna telah membuat komitmen pelaburan sejumlah RM4.5 bilion dalam sektor penternakan tenusu yang bakal menjadi pengeluar tenusu terbesar di rantau Asia Tenggara. Dua tapak telah dikenal pasti iaitu di Muadzam Shah, Pahang dan Cuping, Perlis.

Hal ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia sedang bergerak secara proaktif dalam memastikan sekuriti makanan negara berada pada tahap yang terbaik.

Malahan, strategi yang dilaksanakan melangkaui perancangan tetapi dibuktikan dalam bentuk tindakan yang boleh memberikan manfaat kepada Keluarga Malaysia.


* Penulis ada Ahli Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA).

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan