31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Malaysia sumbang ubat kepada Sri Lanka

Sumbangan itu melambangkan hubungan dan persahabatan yang erat antara Malaysia dan Sri Lanka bagi membantu negara berkenaan pulih daripada krisis sosio-ekonominya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia menyampaikan sumbangan ubat-ubatan bernilai RM288,610 kepada Kerajaan Sri Lanka yang kini berdepan dengan krisis ekonomi.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata sumbangan itu disampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kepada Pesuruhjaya Tinggi Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka ke Malaysia, Marsyal Udara Sumangala Dias, dalam program yang diadakan di Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

“Sumbangan itu melambangkan hubungan dan persahabatan yang erat antara Malaysia dan Sri Lanka bagi membantu negara berkenaan pulih daripada krisis sosio-ekonominya.

“Ubat-ubatan berkenaan dihantar ke Colombo, Sri Lanka menggunakan pesawat Sri Lankan Airlines, dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia bersama rakyat Sri Lanka dalam tempoh pemulihan ini dan berharap sumbangan itu akan dapat membantu Kerajaan Sri Lanka dalam menyediakan rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan untuk rakyatnya.

Advertisements

Untuk rekod, ubat yang disumbangkan itu terdiri daripada 1,000 bebuli suntikan Amphotericin B 50 mg untuk merawat jangkitan kulat yang boleh mengancam nyawa; 20,000 bebuli suntikan Heparin 25,000 I.U/5 ml untuk mengurangkan pembekuan darah dan membantu menghalang pembekuan darah terbentuk dalam saluran darah dan 10,000 ampul suntikan Aminophylline 25 mg/ml dalam suntikan 10ml sebagai rawatan penyakit saluran pernafasan obstruktif.

Penyerahan itu turut disaksikan pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar dan KKM.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan negara kepulauan dengan populasi kira-kira 20 juta itu kini berdepan krisis ekonomi terburuk sehingga menjadi muflis.

Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe, ketika memaklumkan perkara itu di Parlimen pada Julai lalu, dilaporkan berkata situasi itu dijangka berlarutan sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun depan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan