31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gempa bumi di Cianjur telan korban 268 orang

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil turut mengesahkan 13,000 penduduk kini berlindung di pusat perlindungan sementara selepas kediaman mereka musnah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGKA korban gempa bumi di daerah Cianjur dekat Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 268 mangsa setakat ini.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) menyatakan, jumlah korban semakin bertambah berbanding pagi tadi.

Memetik laporan DetikNews, menurut Ketua BNPB Suharyanto, dari jumlah berkenaan, identiti bagi 122 mangsa korban telah dikenal pasti, manakala selebihnya masih belum dapat disahkan identitinya.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi di Jawa Barat, setakat ini.

Menurut kenyataan tersebut, perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

“Rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui 62 21 5224947 atau 62 813 8081 3036 serta [email protected],” katanya hari ini.

Untuk rekod, gempa bumi berukuran 5.6 skala richter berlaku pada 1.21 petang semalam waktu tempatan di daerah Cianjur, Wilayah Jawa Barat, Indonesia iaitu kira-kira 110 kilometer dari Jakarta.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil turut mengesahkan 13,000 penduduk kini berlindung di pusat perlindungan sementara selepas kediaman mereka musnah.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan