34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pekerja kilang pengsan dipercayai terhidu gas bocor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja ditemui pengsan dipercayai akibat terhidu gas ammonia yang bocor di sebuah kilang di Batu 6, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, lelaki berusia 40-an itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.06 pagi.

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal dan dilaporkan mulai sedar seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah menggunakan ambulans Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Kuala Kedah.

“Sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Kedah menerima satu panggilan kes kebocoran gas di sebuah kilang melalui talian MERS 999 pada pukul 6.18 pagi.

“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamani berkata, setibanya di lokasi Komander Operasi (KO), Penguasa Bomba Mohd Syam Kamaruddin membuat pemantauan dan mendapati terdapat bau gas yang dipercayai gas ammonia yang sangat kuat di lokasi.

Anggota diarahkan memakai alat pernafasan dan membuka satu aliran hos serta membuat teknik ‘water curtain’ bagi menghampiri kawasan kilang dan mencari pasti punca kebocoran,” katanya.

Menurut beliau, komander operasi melaporkan telah menemui seorang lelaki dianggarkan berusia 40-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Seterusnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian dan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dipanggil ke lokasi kejadian,” katanya.

Zamani memberitahu, PKO kemudiannya berjaya menemui injap gas yang bocor dan menutup injap tersebut.

Katanya, pasukan Hazmat turut membuat pemantauan dan melakukan pengesanan gas ammonia bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat.

“Operasi tamat pada pukul 10.19 pagi,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan