28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1,337 banduan dijatuhi hukuman mati sejak 2000 – Hamzah

Daripada jumlah itu seramai 415 atau 31.03 peratus orang banduan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,337 banduan telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati sejak 2000, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 415 atau 31.03 peratus orang banduan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).

Menurutnya, terdapat seramai 891 bersamaan 66.64 peratus orang banduan yang telah disabitkan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (pengedaran dadah).

“Manakala tujuh (0.52 peratus) orang banduan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan (berperang dengan Yang di-Pertuan Agong).

“Selain itu, bagi kesalahan di bawah Seksyen 3 dan 7 Akta Senjata Api (melepaskan tembakan di bawah kesalahan berjadual dan berdagang senjata api) terdapat seramai 17 (1.27 peratus) orang banduan,” jelas Hamzah dalam Jawapan Bertulis kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Hamzah turut berkata, seramai 198 orang banduan di negara ini telah diberikan pengampunan dari tahun 2009 sehingga September 2022.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan bagi menjawab soalan Teresa Kok (Seputeh-PH) mengenai jumlah banduan yang telah dijatuhi hukuman mati di Penjara Malaysia sejak tahun 2000

Dalam pada itu, seramai lima lagi banduan disabitkan di bawah Seksyen 3 Akta Culik dan dua banduan disabitkan di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan dan pembunuhan).

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan