24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Nasib baik PH cuma tadbir 22 bulan, kalau tidak…

Jika mahu diungkapkan kerosakan yang dibawa kerajaan PH sepertimana dibangkitkan rakyat, terlalu panjang senarainya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Malaysia sebenarnya bersyukur kerana Pakatan Harapan (PH) hanya mentadbir selama 22 bulan kerana jika dibiarkan lebih lama, sudah tentu lebih banyak kerosakan akan dilakukan terhadap negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika mahu diungkapkan kerosakan yang dibawa kerajaan PH sepertimana dibangkitkan rakyat, terlalu panjang senarainya.

Bagaimanapun beliau yang juga Presiden UMNO hanya menyenaraikan 10 dasar-dasar dan langkah PH selama tempoh pemerintahan parti yang menyebabkan negara menjadi rosak berdasarkan pandangan rakyat.

Beliau berkata, 10 perkara itu ialah melantik peguam Setiausaha Agung DAP, Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara serta aktivis PKR, Latifah Koya sebagai Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, katanya, Perdana Menteri kerajaan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pula membuat kenyataan menjejaskan hubungan diplomatik dan ekonomi negara manakala Menteri Kewangannya, memberi kenyataan berbuat politik sehingga menjejaskan pasaran saham.

Baca juga:   Lari dari tahanan: Long Tiger dipenjara 12 bulan

“Perkembangan ekonomi jadi paling perlahan sejak suku ketiga 2019. Masa itu Covid-19 belum menular.

“Kebajikan rakyat dikurangkan termasuk bantuan tunai dengan pelbagai alasan antaranya ‘BN memanjakan rakyat. Rakyat tidak patut rasa berhak mendapat wang tanpa melakukan sebarang kerja’,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Zahid berkata, rakyat juga berpendapat PH tidak menghantar wakil membela Malaysia dalam isu tuntutan waris kesultanan Sulu malahan menulis surat ‘mengaku salah’.

Baca juga:   Cabar Proklamasi Darurat: Kemuncak keterdesakan Anwar?

Katanya, Malaysia juga terlepas kedaulatan pulau Batu Puteh apabila PH menarik balik semakan penghakiman di samping menjual aset-aset negara dengan alasan pembaziran tetapi hutang negara terus meningkat.

“Projek-projek infrastruktur untuk rakyat diganggu-gugat dan ‘difaraidkan’ antara kroni,” katanya.

Beliau berkata, satu-satunya alasan PH tentang kegagalan pemerintahan mereka ialah tempoh 22 bulan tidak cukup panjang untuk menjadi kerajaan.

“Rakyat masa kini yang bijaksana namun berpendapat sebaliknya… nasib baik PH cuma mentadbir 22 bulan. Jika lebih panjang nescaya Malaysia semakin rosak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengundi agar menolak PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti kerana tidak mahu kegagalan parti itu mentadbir negara berulang.

“Dalam lima jam sahaja macam-macam orang boleh buat apatah lagi lima tahun. Jangan main-main tuan-tuan dengan lima tahun.

“Benda lain kita boleh cuba lima kali setahun. Bab kuasa (pentadbiran negara) kita tidak boleh main-main,” katanya.

Baca juga:   Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Dr Noor Hisham

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan