26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Kanak-kanak maut terjatuh dari kerusi bayi di restoran

Ketika terjatuh, kepala kanak-kanak itu terhentak pada lantai dan mangsa dikatakan menangis sebelum pengsan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas kepalanya terhentak ketika jatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran dekat Taman Sutera Johor Baharu, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu, kanak-kanak berkenaan sebelum itu sedang makan bersama keluarganya di restoran berkenaan.

“Daripada siasatan awal mendapati, sewaktu makan mangsa menolak meja menggunakan kakinya menyebabkannya terjatuh bersama kerusi bayi berkenaan.

“Ketika terjatuh, kepala kanak-kanak itu terhentak pada lantai dan mangsa dikatakan menangis sebelum pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian disaksikan pekerja restoran terbabit sebelum bapa kanak-kanak itu bergegas membawanya ke klinik swasta, namun dinasihatkan doktor untuk dihantar terus ke hospital berikutan keadaannya dilihat serius.

“Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan,”katanya.

Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan