24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bajet 2023: BKM sehingga RM2,500 untuk keluarga anak lima

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 berkata, ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.

“Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.

“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan terus menyalurkan bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan layak terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000.

“Kadar itu meningkat berbanding RM2,500 pada tahun ini.

“BKM 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima membabitkan peruntukan RM7.8 bilion,” katanya – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan