25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tugas besar PN selamatkan negara daripada lembah kerosakan

Peluang PN meraih kemenangan amat cerah selagi ahli-ahli bersatu hati, ikhlas, yakin dan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja jentera pilihan raya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi tugas besar yang dibawa perikatan berkenaan dalam memastikan negara tidak terus terjunam ke lembah kerosakan yang lebih dalam.

Malah menurut beliau, kesemua kepimpinan dan ahli dalam PN mempunyai tanggungjawab besar iaitu menyakinkan rakyat bahawa mereka ada tugas penting untuk melaksanakan satu keputusan yang bijak bagi memastikan negara ini tidak jatuh kepada sebuah parti yang tidak amanah yang boleh memusnahkan masa depan negara.

“Adakah kita mahu terus berada dalam sebuah kerajaan yang dikuasai oleh sebuah parti yang tidak amanah, rasuah, kleptokrasi dan penuh kebobrokan?

“Saya sentiasa percaya peluang Perikatan Nasional meraih kemenangan amat cerah selagi kita bersatu hati, ikhlas, yakin dan bersungguh-sungguh dalam gerak kerja jentera pilihan raya kita.

“Syabas kepada semua ketua badan perhubungan Perikatan Nasional yang dilantik dan saya yakin pelantikan ini akan memudahkan lagi gerak kerja parti bagi setiap kawasan pilihan raya,” katanya dalam Facebook semalam.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena Majlis Makan Malam dan Majlis Penyerahan Watikah Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional kawasan negeri Selangor.

“Tahniah dan syabas kepada seluruh kepemimpinan parti Perikatan Nasional Selangor iaitu, Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi I, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi, Timbalan Pengerusi II, Datuk Abdul Rashid Asari dan Timbalan Pengerusi III Datuk Ang Chin Tat.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bangga berada dalam majlis yang cukup bermakna lebih-lebih lagi melihat semangat yang ditunjukkan oleh setiap ahli daripada parti Bersatu, Pas dan Gerakan yang merupakan parti komponen PN.

Advertisements

“Semangat yang sama juga dizahirkan ketika majlis pelancaran Perikatan Nasional di beberapa buah negeri sebelum ini iaitu di Johor, Kelantan dan Terengganu.

“Saya percaya momentum sebegini dapat diteruskan pada majlis pelancaran Perikatan Nasional di Perak dan Pahang hujung minggu ini.

“Saya dapat merasakan semua yang hadir hari ini datang dengan semangat yang cukup tinggi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan tekad untuk menang khususnya di negeri Selangor ini,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, semangat sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan sekali dengan gerak kerja yang kukuh, mantap dan berkesan bagi mencapai kemenangan.

“Syabas kepada semua kawasan yang telah menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing dan saya berharap gerak kerja kita dapat dipertingkatkan lagi menjelang pilihan raya.

“Saya tegaskan pilihan raya ini cukup penting bukan sahaja untuk kita tetapi juga untuk negara menentukan hala tuju yang bagaimana kita akan bawa bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan