30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

50,000 unit Peranti Siswa tambahan bagi pelajar buat rayuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 50,000 unit peranti tambahan menerusi Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia sudah pun dibuat bagi memberi peluang pelajar yang membuat rayuan memperolehnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu bertujuan membuka peluang rayuan seluas-luasnya kepada pelajar yang layak, namun ditolak, selain memastikan bekalan peranti tidak terputus.

“Kita ada peranti yang cukup, tiga hari lalu saya sudah arahkan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk menambah tempahan daripada tender yang ada melalui arahan perubahan kerja (VO) untuk tambahan 50,000 unit lagi.

“Ia membabitkan perbelanjaan kira-kira RM65 juta supaya bekalan peranti tidak terputus selepas mengambil kira kes rayuan ini,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program KPT Prihatin dan Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Mengulas mengenai kes rayuan Peranti Siswa, Annuar menasihatkan pemohon berjumpa dengan persatuan pelajar atau pusat pengajian mereka bagi mengemukakan rayuan dengan memberi bukti atau sebab rayuan perlu dipertimbangkan.

“Kita buka seluas-luas peluang rayuan asalkan mereka layak ataupun ada kes tertentu yang kita boleh beri pertimbangan kita akan bagi, konsepnya kita nak bagi kepada seberapa ramai pelajar yang layak,” katanya.– BERNAMA

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan