28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

Selain itu, 3A ini juga perlu digunakan dalam mendekati pengundi terutama golongan muda dalam menganjurkan pelbagai program serta bantuan sokongan untuk golongan yang memerlukan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan “3A” dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon BN. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pendekatan “3A” ini lebih menjurus kepada strategi yang perlu digunakan memandangkan Pemuda BN adalah jentera barisan hadapan parti. 

“Pendekatan 3A ini adalah Aspirasi (keinginan yang kuat), Aktif, Agresif di dalam platform media sosial untuk menangkis segala hujah pihak pembangkang dan isu-isu yang dimainkan. 

“Selain itu, 3A ini juga perlu digunakan dalam mendekati pengundi terutama golongan muda dalam menganjurkan pelbagai program serta bantuan sokongan untuk golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Pahang. 

Untuk rekod, seramai 50 orang Pemuda BN Bahagian Lipis hadir pada mesyuarat tersebut. 

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis menegaskan, pemuda tidak lagi di dalam suasana bertahan sahaja tetapi perlu menyerang parti lawan yang sentiasa memainkan pelbagai isu termasuk menghentam BN. 

“Saya yakin dengan strategi ini kita mampu untuk mengempur pembangkang. Pergerakan Pemuda ini sangat dekat di hati saya, kerana saya juga lahir dan bermula dari alam pemuda,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar turut merakamkan penghargaan kepada kepada semua Pergerakan Pemuda kerana mereka adalah wira kepada parti ini, terbukti setia di saat suka dan duka, yang tetap bangkit dalam kesusahan dan terus bertahan sehingga saat ini.

“Saya percaya banyak kita belajar daripada kekalahan dahulu dan kemenangan-kemenangan dalam PRK yang lalu. 

“Peranan pemuda ketika ini bukanlah sekadar memasang bendera, tetapi peranan pemuda lebih daripada itu. Persiapkan jentera, perkemaskan langkah,” kata beliau ketika melaungkan kata-kata semangat kepada pemuda BN. 

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan