33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Saya masih tiada kerusi bertanding PRU-15 – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN sama ada akan dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau sebaliknya masih menjadi kerisauan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ini kerana, sehingga kini beliau masih belum mengetahui kerusi Parlimen yang akan ditandingi setelah kerusi Parlimen Rembau yang disandang sejak 2008 terpaksa dilepaskan.

“Kebimbangan? Saya tidak mempunyai kerusi untuk bertanding,” katanya dalam nada bergurau kepada media selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia (ADAMS) di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut berkenaan perkara tersebut.

Sebelum ini, Khairy diminta melepaskan kerusi Parlimen Rembau bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di kerusi tersebut dalam PRU-15 nanti.

Ini berikutan keputusan Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau memutuskan untuk bertanding di peringkatn Parlimen.

Pada masa yang sama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga bercadang untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau .

Bagaimanapun, Mohamad sebelum ini berkata, beliau hanya menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen namun sehiingga kini belum memutuskan kawasan yang akan diwakilinya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan