25.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Sakit perut punca Najib dimasukkan ke hospital – Nooryana

Nooryana Najwa menerusi hantaran InstaStory memaklumkan bapanya itu sememangnya sering mengalami masalah perut yang berulang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam selepas mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan sedang melalui kesemua pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

Menurut anaknya, Nooryana Najwa menerusi hantaran InstaStory memaklumkan bapanya itu sememangnya sering mengalami masalah perut yang berulang.

“Daddy (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut yang boleh berlaku di bawah tekanan atau disebabkan gastrik.

“Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lepas sehingga pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu untuk rawatan susulan,” kongsinya.

Advertisements

Menurut Nooryana, Najib seorang yang susah untuk mengadu tentang kesakitan yang dialaminya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain sehingga sanggup merisikokan diri sendiri.

Ujarnya lagi, dia dan keluarga berharap bapanya itu mendapat rawatan yang sepenuhnya bagi memastikan tahap kesihatan Najib kembali pulih dengan baik.

“Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital,” luahnya.

Najib sebelum ini disabitkan bersalah kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan