30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM ucap tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

Dalam ciapan beliau di Twitter berkata, Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan YAM khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi.

Hari ini, media melaporkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah dinamakan sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu.

Ia merupakan sebahagian daripada rombakan kabinet, yang telah diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa, menerusi pengumuman oleh TV Al Ekhbariya.

Selain Mohammed, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga seorang lagi anak Raja Salman, iaitu Putera Khalid, telah dinamakan sebagai Menteri Pertahanan, mengambil alih portfolio yang sebelum ini disandang abangnya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan