30 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

Diumpan cek, wang, perhiasan pesara rugi RM199,550

Mangsa yang percaya dirinya menjadi mangsa penipuan membuat laporan polis pada Khamis lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pesara kerugian RM199,550 selepas diperdaya sindiket Love Scam melalui perkenalan dengan dua lelaki menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kejadian bermula apabila wanita lingkungan 50-an berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook pada awal Julai lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian berurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum ditawarkan hadiah sekeping cek bernilai 145,000 USD (RM650,000).

“Mangsa seterusnya diarahkan membuat pembayaran bagi melepaskan cek yang dijanjikan dan mangsa membuat 13 transaksi ke dalam satu akaun bermula 10 hingga 17 Ogos lalu membabitkan pembayaran sebanyak RM124,000.

“Tidak lama kemudian, mangsa berkenalan dengan seorang lagi lelaki menerusi Facebook sebelum berurusan melalui WhatsApp dan ditawarkan hadiah barangan kiriman berupa wang tunai dan barangan perhiasan.

Baca juga:   Keputusan peperiksaan STAM 2021 diumum 30 Jun

“Mangsa sekali lagi diminta membuat pelbagai bayaran untuk melepaskan barang kiriman dengan pihak Kastam membabitkan 13 kali transaksi ke dua akaun berbeza dalam tempoh enam hari bermula 23 Ogos lalu dengan nilai pembayaran sebanyak RM75,550,” katanya hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa bagaimanapun tidak menerima hadiah yang dijanjikan dan kerugian RM199,550.

Menurutnya, mangsa yang percaya dirinya menjadi mangsa penipuan membuat laporan polis pada Khamis lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan individu yang dikenali menerusi laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seperti Love Scam dan sebagainya,” katanya.

Baca juga:   Pilihan raya awal perlu untuk kestabilan politik - Abdul Hadi

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bajet 2023 : Bantuan BKM isi rumah berpendapatan kurang RM2,500, 5 anak atau lebih

SEBANYAK RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima...

Lagi Artikel Berkaitan