27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kru kapal tangki warga asing dipercayai hilang di laut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kru kapal tangki yang sedang bersauh dipercayai hilang kerana terjun laut di kedudukan 43.7 batu nautika timur laut Tanjung Sedili, Kota Tinggi pukul 5.30 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima makluman daripada Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya mengenai kejadian itu.

“Laporan kejadian tersebut yang disampaikan oleh nakhoda kapal tangki terbabit melalui e-mel.

“Mangsa, Shanidze Nodar, 22, warga Georgia bekerja sebagai kelasi dilaporkan dilihat kali terakhir berada di atas kapal pada 10 September lalu berpakaian baju dan berseluar pendek berwarna hitam.

Advertisements

“Pencarian telah dilakukan di atas kapal oleh kru-kru kapal namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihak MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan SAR pada pukul 3.30 pagi tadi melibatkan sebuah kapal KM Perwira dan bot ronda Perkasa 30 milik maritim Malaysia serta sebuah bot FCB 1123 milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Keluasan sektor pencarian adalah seluas 20 batu nautika persegi dari lokasi kapal bersauh,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan