25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jangan banding sistem berparlimen Malaysia dengan Indonesia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“TAK boleh banding sistem berpresiden Indonesia dengan sistem berparlimen Malaysia. Janganlah perlekehkan kita,” tegas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata demikian berikutan terdapat pihak tertentu yang membandingkan Indonesia yang menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal berbanding Malaysia yang begitu dirahsiakan.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, kedua-dua sistem itu tidak boleh dijadikan perbandingan kerana ia berbeza sama sekali.

“Indonesia yang bentuk kerajaan ialah Presiden. Dipilih melalui pilihan raya Presiden. Presiden bukan anggota Parlimen dan Kabinetnya tak boleh daripada kalangan Ahli Parlimen. Parlimen boleh dikuasai oleh parti yang berbeza dari parti Presiden,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Bagaimanapun, Shabery berkata, setiap sistem pasti ada kelemahannya seperti tarikh menetap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menjadi hak mutlak Perdana Menteri untuk menentukannya.

Malaysia mengamalkan sistem berparlimen manakala Indonesia pula sistem berpresiden.

Keadaan ini, katanya, tidak digemari oleh pihak pembangkang.

“Begitu juga dengan sistem Presiden yang memiliki kelemahan seperti sukar meluluskan undang-undang sekiranya terdapat parti lain tidak setuju mengenainya.

“Tak jadi masalah untuk bentuk kerajaan. Cumanya susah nak lulus undang-undang atau bajet kalau Parlimen yang dikuasai parti lain tak setuju.

“Oleh kerana majoriti di Parlimen tidak perlu untuk membentuk kerajaan, maka pilihan raya Presiden boleh ditentukan awal setiap lima tahun sekali. Akan datang pada hari Rabu, 14 Februari 2024.

“Ini juga sistem USA (Amerika Syraikat). Pilihan raya Presiden setiap empat tahun sekali. Akan datang pada 5 November 2024. 100 tahun akan datang pun dah boleh kira,” katanya.

Berbeza dengan sistem berparlimen di Malaysia yang berasaskan kepada sistem berparlimen British yang mana kerajaan dibentuk daripada kalangan ahli Parlimen.

“Perdana Menteri mesti menang di kawasannya dahulu, menteri-menteri pun dalam kalangan Ahli Parlimen. Tak cukup orang (kerusi) tak boleh bentuk kerajaan.

“Sebab itu ada kemungkinan pilihan raya terpaksa dibuat awal kalau kerajaan tidak stabil atau sukar membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, selain Malaysia, beberapa negara Komanwel lain turut mengamalkan sistem yang sama antaranya India, Singapura, Australia dan New Zealand. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan