32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Bajet 2023 perlu dibentang semula jika PRU sebelum diluluskan

Bajet 2023 dijangka dibentang oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika spekulasi juga mengatakan Parlimen akan dibubar selepas itu, iaitu sebelum RUU berkenaan diluluskan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RANG Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang pada 7 Oktober depan perlu dibentangkan semula di Parlimen jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan sebelum ia diluluskan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, kerajaan baru yang terbentuk selepas PRU perlu membentangkan semula RUU berkenaan bagi bacaan kali pertama dan seterusnya.

“Kalau ada pilihan raya, akan ada satu kerajaan yang baru. Maka kerajaan baru perlu buat bacaan pertama semula. Sebab belanjawan tidak mengikat kerajaan.

“Dia akan ada bacaan pertama yang baru,” katanya kepada media di Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, Azhar menjelaskan kerajaan baharu yang terbentuk boleh menggunakan draf RUU sama untuk dibentangkan semula ke Dewan Rakyat.

Bajet 2023 dijangka dibentang oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika spekulasi juga mengatakan Parlimen akan dibubar selepas itu, iaitu sebelum RUU berkenaan diluluskan.

Sementara itu, ketika ditanya adakah pihaknya akan menerima notis sebelum pembubaran Parlimen, Azhar berkata, Dewan Rakyat tidak akan menerima sebarang notis.

“Pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi pada masa sama, Agong juga mempunyai budi bicara untuk menolak nasihat tersebut. Itu undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan