26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Data iPay88 diceroboh, BNM jamin sistem selamat

BNM menegaskan siasatan forensik masih dijalankan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENCEROBOHAN data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran, iPay88 (M) Sdn Bhd didapati berpunca daripada sistem pembayaran kad syarikat itu dan tidak membabitkan kelemahan dalam sistem institusi perbankan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa institusi kewangan di Malaysia mengamalkan kaedah pengesahan yang mantap bagi transaksi kad secara dalam talian, termasuk memaklumkan pemegang kad dengan segera untuk pengesahan lanjut apabila terdapat transaksi yang dianggap lebih berisiko.

Menurut BNM, langkah itu mengurangkan risiko berlakunya penipuan transaksi.

“Bagi transaksi yang tidak menggunakan pengesahan, khususnya pembelian daripada peniaga di luar negara, pelanggan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penipuan transaksi atau transaksi tanpa kebenaran yang mungkin terjadi susulan insiden ini,” katanya.

BNM membuat kenyataan berkenaan merujuk kepada kemungkinan insiden pencerobohan data yang diumumkan oleh iPay88, semalam.

Baca juga:   MPN syor BNM wujud tabung makanan, atasi tekanan inflasi

iPay88 mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin telah menjejaskan data kad pengguna dan sejak 31 Mei lalu.

Proses pembendungan (containment) telah berjaya dilaksanakan dan tiada sebarang aktiviti mencurigakan dikesan sejak dari 20 Julai lalu.

Dalam pada itu, BNM menegaskan siasatan forensik masih dijalankan.

“Bank juga sudah diarah untuk segera memaklumkan pemegang kad yang terbabit mengenai langkah perlindungan tambahan yang akan diambil untuk terus melindungi pengguna daripada risiko penipuan transaksi atau transaksi tanpa kebenaran.

Bank-bank juga, katanya telah mempertingkatkan pengurusan risiko penipuan serta memantau aktiviti yang mencurigakan atau aktiviti penipuan yang menggunakan kad-kad terbabit.

Baca juga:   UPSI, KRM perkasa pembangunan ragbi dalam talian

“BNM memandang serius sebarang insiden yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap sistem pembayaran dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penyeliaan atau penguatkuasaan yang sewajarnya bagi memastikan kawalan keselamatan yang kukuh dilaksanakan dan diamalkan oleh institusi kewangan serta memastikan pelanggan mendapat layanan yang adil.

“Pelanggan dinasihatkan untuk segera memaklumkan kepada bank jika terdapat transaksi luar daripada kebiasaan atau transaksi tanpa kebenaran yang menggunakan kad mereka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut atau aduan, orang ramai boleh menghubungi

BNMTELELINK melalui 1-300-88-5465 atau https://telelink.bnm.gov.my.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan