25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mesyuarat ‘Top 5’ manifestasi kesepaduan kepimpinan UMNO – Asyraf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT membabitkan lima pimpinan tertinggi UMNO semalam menzahirkan dan memanifestasikan suatu kesepakatan dan kesepaduan utuh dalam kalangan kepimpinan parti.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kelima-lima pemimpin yang duduk bersama berbincang, telah menjawab segala spekulasi dan pelbagai andaian.

“Biarpun pelbagai spekulasi, andaian, cerita-cerita picisan dan usaha terancang dilakukan untuk memecahkan kesepaduan ini, Alhamdulillah UMNO terus kukuh berpadu.

“Ini demi meneruskan agenda perjuangan membela rakyat dan menuju ke medan peperangan yang hakiki,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya.

Mesyuarat semalam dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut sama, tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, pertemuan lima pimpinan tertinggi UMNO itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir.

Ini kerana Ismail Sabri selaku Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini menyatakan akan berbincang dengan “Top 5” berhubung pembubaran Parlimen.

Beberapa pemerhati politik bertanggapan pertemuan kelima-lima pemimpin itu bagi mencari tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen, seterusnya diadakan PRU-15.

“Bersiap sedialah semua, PRU-15 tak lama lagi,” kata seorang pemerhati politik yang tidak mahu dikenali. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan