30.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Banjir Baling: KPLB segerakan kerja pembaikan rumah mangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membuat penilaian segera bagi menyalurkan bantuan pembaikan rumah mangsa banjir di daerah Baling, Kedah.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB mempunyai peruntukan khas bagi bantuan yang berkaitan malapetaka dan bencana.

“Kita ada peruntukan segera, di bawah kementerian pun ada peruntukan segera yang boleh digunakan, jadi saya dah bercakap dengan KSU saya tadi bahawa kita akan gunakanlah peruntukan sebab ini dia termasuk dalam kategori malapetaka dan bencana lah.

“Kalau baiki rumah, kita nak tengok lah segera, GiatMara akan turun esok, kita tengok tiap-tiap rumah, pengarah KPLB pun ada di sini dan kita tengok satu rumah tu berapa yang patut kita baiki dan kalau yang boleh baiki tu kita baiki teruslah sebab ini bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di kawasan bencana banjir di Kampung Sungai Iboi, Baling, Kedah petang semalam.

Turut serta, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Datuk Ruji Ubi.

Baca juga:   Akibat ketidakmatangan pemimpin, Kedah rugi besar

Jelas Mahdzir, pihaknya akan melaksanakan proses kelulusan khas bagi menyediakan peruntukan bantuan pembaikan rumah, bina baharu dan juga pembinaan semula infrastruktur yang rosak seperti jambatan kecil.

Semua bentuk bantuan dan pengendalian mangsa bencana katanya, akan diselaraskan oleh ICU JPM.

Baca juga:   Kadar bantuan Program Perumahan Keluarga Malaysia dinaikkan

“Antara keutamaan yang perlu disegerakan adalah berkaitan infrastruktur awam seperti jambatan.

“Benda yang perlu disegerakan adalah untuk membuat sambungan jambatan di Sungai Iboi ini lah untuk membolehkan orang seberang sana seberang sini, sekolah ada seberang sini, masjid di seberang sana, jadi nak disegerakanlah.

“Jambatan sementaralah, sebab jambatan yang solid tu ia memakan masa tapi kalau yang itu lambat lah sebab dia nak kira sebut harga, nak kira konsultan lagi kan, jadi kita buat yang segera dahulu,”katanya.

Tambah beliau, KPLB juga akan menggerakkan pasukan sukarelawan bencana daripada GIATMARA untuk membantu dari segi pendawaian elektrik rumah mangsa bencana.

“Jadi ada kaedah-kaedah yang Insha Allah esok akan diputuskan oleh ICU dan lain-lain ada rumah yang hilang yang setakat ini yang telah dimaklumkan ada 7 buah dan ada rumah yang patut dibaiki, yang itu pun kami dah ada, dia orang dah buat senarai,”katanya.

Beliau turut memaklumkan, tiga buah rumah mangsa banjir yang terlibat adalah milik kakitangan agensi di bawah KPLB iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Baca juga:   Bot penambang KPLB buat penduduk Pulau Tuba, Dayang Bunting

Manakala tiada premis tabika atau tadika KEMAS terlibat dalam bencana itu. – Edisi 9

Terkini

Tolak bajet sama seperti tarik sokongan terhadap PM

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan mana-mana pihak menolak Bajet 2023 boleh dianggap seperti...

Lagi Artikel Berkaitan