25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ismail Sabri nafi wujud dua kem dalam UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujudnya dua kem dalam UMNO ketika ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, kata Naib Presiden UMNO itu, parti tersebut diterajui oleh satu kumpulan dan menegaskan tiada pembahagian kem dalam UMNO.

“Tiada kem dalam UMNO, hanya satu kem sahaja dalam UMNO,” katanya ringkas ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan MTUC Kali Ke-42 di Universiti Malaya hari ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengaitkan wujudkan dua kem dalam UMNO yang mana satu kem itu didakwa menyokong Presiden parti tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala, satu kem lagi didakwa menyokong kepemimpinan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO.

Dakwaan itu didedahkan ekoran penguguran Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini.

Lagi hangat apabila sebuah akhbar sebelum ini menyiarkan kenyataan penganalisis politik yang berpendapat pendedahan Tajuddin mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem.

Ditanya mengenai usaha menjadi orang tengah untuk memulihkan hubungan antara Tajuddin dan Ahmad Zahid, Ismail Sabri berkata, tak timbul isu tengah, tepi ke, sebab perkara itu saya ingat tiada siapa dah bercakap mengenainya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO pula, Ahli Parlimen Bera itu berkata ketika ini parti masih belum menerima sebarang makluman daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Belum dapat lagi, dia dalam masa 60 hari, kalau tak silap saya sehingga 16 Julai ini.

“Jadi, sebelum itu masih menunggu lagi,” kata Ismail Sabri.

Pada 15 Mei lepas, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas secara rasminya meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Usul itu diluluskan sebulat suara 2,586 perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan