24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tahap bahagia rakyat Malaysia catat 6.48 mata – Ismail Sabri

Dapatan tersebut diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini berasaskan aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDEKS Kebahagiaan Rakyat Malaysia (HMI) 2021 menunjukkan masyarakat negara ini mencatatkan tahap Bahagia pada skor 6.48 mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, dapatan tersebut diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini berasaskan aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.

Bagaimanapun menurut beliau, dapatan berkenaan tidak membuat Kerajaan berasa selesa kerana banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Saya menyeru supaya lebih ramai tampil melalui badan bukan kerajaan (NGO) masing-masing untuk turut sama menjayakan pelbagai rancangan dan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Gabungan NGO Keluarga Malaysia dan Yayasan Generasi Malaysia digesa supaya berperanan menggemblengkan ahli-ahli menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Persidangan Gabungan NGO Keluarga Malaysia dan Anugerah Perdana NGO Malaysia di sini, malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut berharap Anugerah Kepemimpinan yang diperkenalkan tahun ini untuk Pemimpin – Pemimpin NGO yang berkaliber dan berkarisma akan menyuntik semangat kepada NGO-NGO melipatgandakan program masing-masing bagi menjamin kebahagiaan Keluarga Malaysia.

Terdahulu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dilaporkan berkata, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan skor tertinggi iaitu 9.29 atau di tahap sangat bahagia.

Menurutnya, turut tersenarai dalam tahap sama bagi tinjauan yang pertama kali dilaksanakan itu adalah Kuala Lumpur (7.77), Putrajaya (7.28), Terengganu (7.20), Kelantan (7.02) dan Perlis (6.96).

Menurutnya, dua negeri pula didapati mencatatkan skor sederhana bahagia iaitu Melaka (5.85) serta Selangor (5.74).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan