25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Polis buru penunggang FZ150, ‘hisap gam’ atas lebuh raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PIHAK polis sedang mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai dalam keadaan khayal di Kilometer 267 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Negeri Sembilan susulan tular video berkenaan dalam Facebook pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

“Lelaki itu menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya dan dipercayai dalam keadaan khayal.

“Dalam rakaman tersebut suspek turut dilihat tidak memakai topi keledar dan tangan kirinya memegang bungkusan plastik sambil menghidunya dipercayai gam,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehingga kini polis sedang giat mengesan suspek.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta salurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan di talian 06-6033222 untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Ditangkap kurang sejam, Geng Latino tak sempat joli duit samun

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan