28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Radzi kongsi pengalaman Malaysia harungi pandemik di Paris

Malaysia antara negara yang terpilih berkongsi pengalaman tersebut dalam sesi Ministerial Roundtable sempena Persidangan UNESCO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA diberi peluang untuk berkongsi pengalaman menguruskan sektor pendidikan dalam tempoh pandemik Covid-19 dalam Persidangan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang mewakili negara dalam persidangan itu berkata, ia berlangsung dalam sesi Ministerial Roundtable.

“Malaysia antara negara terpilih untuk berkongsi pengalaman mengurus sektor pendidikan dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Saya kongsikan pengalaman Malaysia mengurus pengoperasian sekolah ketika pandemik,” katanya menerusi Facebook beliau, malam tadi.

Radzi berkata, beliau turut aspirasi masa depan pendidikan negara melalui penerapan konsep SekolahKu SEJAHTERA dengan 14 elemen nilai-nilai murni.

Katanya, konsep berkenaan mampu menjadi pemangkin ke arah transformasi pendidikan.

“Selain itu, perubahan dalam pentaksiran murid daripada berorientasikan peperiksaan kepada penilaian murid secara berterusan juga merupakan sebahagian daripada pendekatan dalam transformasi pendidikan negara.

“Negara-negara lain turut mengutarakan idea-idea baru berkaitan pendidikan.

“Apa yang penting, semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan pentadbir masing-masing mempunyai peranan penting dalam mendidik anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

Persidangan UNESCO itu berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga semalam.

Persidangan tersebut membincangkan mengenai Transformasi Pendidikan serta langkah yang boleh diambil bagi memastikan kemajuan dan kemampanan sistem pendidikan.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan