26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Bunuh ahli keluarga, polis buru adik mangsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini memburu adik kepada lelaki yang ditemui maut bersama isteri dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh, hari ini.

Mangsa, Ng Chun Hon, 64 iaitu seorang mekanik dan isterinya Ooi Tin Lu, 59, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, abang mangsa lelaki hadir di Balai Polis Bercham pada jam 8.50 pagi memaklumkan menemukan adik dan isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan polis tiba bersama paramedik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati dua mangsa lelaki dan wanita yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Kedua-dua mangsa ditemukan berdekatan di ruang tamu dengan lelaki dalam keadaan tertiarap manakala wanita tersandar pada dinding yang disahkan sudah meninggal dunia,” katanya seperti dilapor Metro Online.

Yahaya berkata, siasatan polis mendapati kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah pada bahagian kepala kerana senjata tajam dan objek tumpul.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan punca kematian, kita mempercayai mangsa meninggal dunia malam tadi.

Advertisements

Sehingga kini menurutnya, polis masih belum menemui senjata yang digunakan suspek.

“Kes ini akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mandatori,” katanya.

Beliau berkata, susulan kes ini polis juga sedang memburu Ng Chun Ming, 61, yang juga adik kepada mangsa lelaki yang maut.

“Pihak polis memburu suspek yang juga ahli keluarga mangsa, yang mana sudah menghilangkan diri bersama kenderaan jenis Proton Saga milik mangsa wanita.

“Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek dapat berhubung terus dengan balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan