28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Bukan ampu Najib, tapi hormat – Asyraf

Tiada manfaat ampu individu yang tidak ada jawatan dan kedudukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA manfaat diperoleh sekiranya mengampu Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bekas Perdana Menteri itu sudah tidak mempunyai jawatan dan kedudukan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagaimanapun beliau tetap menghormati bekas Presiden UMNO itu kerana banyak berjaya kepada dirinya dan negara.

“Ada orang tuduh saya mengampu beliau. Jawapan saya mudah, apa manfaatnya saya mengampu seseorang yang sudah tiada apa-apa jawatan dan kedudukan?

“Namun, atas dasar hormat dan adab, saya pastinya tidak akan lupa segala jasa beliau, jauh sekali untuk pijak beliau tatkala sudah jatuh tersungkur,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Asyraf Wajdi memberi respon terhadap beberapa serangan yang dilakukan oleh warganet terhadapnya konon beliau sering mengampu Ahli Parlimen Pekan itu.

Menurut beliau, sebagai seorang Islam dan Melayu, beliau tetap berpegang kepada nilai adab dan prinsip menghormati orang yang pernah berjasa kepadanya walau sekecil mana sekali pun.

Baca juga:   Najib sahkan lantik firma Zaid Ibrahim kendali kes rasuah SRC

Beliau turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Najib yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-69 hari ini.

“Moga Allah rahmati dan berkati umur yang tersisa untuk terus berbakti pada agama, nusa dan bangsa. Didoakan juga agar ALLAH permudahkan segala urusan dan mengangkat segala kesusahan dan kesulitan beliau,” katanya.-Edisi 9



Wartawan

Baca juga:   KKM senaraikan 474 jenis penyakit jarang jumpa di Malaysia

Terkini

Kapal kren ditahan bersauh tanpa kebenaran

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah kapal kren bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Indah,...

Lagi Artikel Berkaitan