26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mayat wanita hamil, ibu mentua ditemukan berpelukan

Kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dalam kejadian di Kampung Iboi, Baling, Kedah semalam ditemukan dalam keadaan berpelukan pada pagi ini.

Difahamkan, mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan batang pokok berhampiran Sungai Iboi.

Tempat mangsa dijumpai dengan lokasi rumah mereka sejauh kira-kira 100 meter.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, mayat ditemui selepas anggota ternampak kaki salah seorang mangsa di bawah timbunan batang pokok.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan serta tiada kesan kecederaan luaran.

“Kita mengeluarkan mayat pertama iaitu Nurul Anis diikuti ibu mertuanya, Salmah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Ujar Sayani lagi, seorang lagi mangsa iaitu Khairul Ikwan Nor Azam, 14, masih belum ditemui.

“Mangsa adalah daripada keluarga sama iaitu anak kepada Salmah dan operasi pencarian mangsa sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Sementara itu, kata beliau, pasukan penyelamat telah berjaya menyelamatkan 155 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat dengan  270 lagi penduduk diselamatkan orang awam,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan