29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Altimet pula diumum menang Ketua Cabang PKR Ampang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA kali pengiraan, tiga kali pemenang berbeza. Begitulah sengitkan persaingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang.

Ini terutama membabitkan dua selebriti terkenal Hans Isaac dan penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Pada 30 Mei lalu, Daing Muhammad diumum Reduan Bachok telah diumum sebagai pemenang dengan mendapat 942 undi, menewaskan kedua-dua selebriti itu yang masing-masing mendapat 609 dan 589 undi.

Bagaimanapun berlaku bantahan sehingga pengiraan semula dilakukan dan hasilnya pada 1 Julai, Hans diumum sebagai pemenang bagi jawatan tersebut.

Pelakon itu memuat naik gambar dalam media sosial yang menunjukkan beliau menandatangani dokumen dengan keterangan, “Gembira mengumumkan secara rasminya ia menjadi rasmi” dan disusuli tanda pagar #KetuaCabangAmpang.

Hari ini, Altimet pula diumumkan sebagai pemenang mengatasi Hans dengan kelebihan sembilan undi selepas pengiraan semula dilakukan.

Paparan dalam laman web keputusan pemilihan PKR, mendapati Altimet mendapat 743 undi mengatasi Isaac, 734 undi.

Jawatan tersebut turut ditandingi tujuh calon lain.

Altimet berkata, objektif pertama sebagai ketua cabang adalah memperkukuh hubungan antara ahli sebagai persediaan menuju pilihan raya umum.

“Ini merupakan tanggungjawab besar kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi orang seperti saya seorang pendatang baharu dalam lapangan ini.

“Namun, saya tidak akan berseorangan menggalasnya kerana ia adalalah usaha bersama antara semua ahli parti lain,” katanya dalam kenyataan, lapor FMT.

Katanya, jawatan kepimpinan bahagian Ampang sudah diisi dengan individu berbakat dan bersemangat.

Altimet sebelum ini hanya tewas dengan dua undi ketika pengiraan kali kedua dan beliau memohon kiraan semula dilaksanakan.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan