24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

3,561 kes baharu COVID-19 dilapor semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu harian COVID-19 terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 3,561 kes dilapor semalam berbanding 2,932 kes kelmarin dengan sembilan kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 4,544,517 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,035 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,514,970 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi apabila sebanyak 1,342 kes dilaporkan diikuti Kuala Lumpur (994), Perak (243), Sabah (196) dan Negeri Sembilan (160), Putrajaya (123) dan Pulau Pinang (119).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Melaka (97), Johor (72), Sarawak (55), Kedah (51), Pahang (38), Kelantan (37), Terengganu (17), Perlis (11) dan Labuan (tujuh),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Advertisements

Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 35,792 kes dengan dua kes ‘brought in dead’ (BID) yang menjadikan jumlah kes BID kini 7,589 kes.

Setakat ini, sebanyak 30,290 kes dikuarantin di rumah, 26 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 1,184 kes lagi dilaporkan di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 23 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan