26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Usain Bolt Malaysia’ ditawar masuk UPSI dengan biasiswa penuh

Abdul Rahim menyerahkan surat tawaran kepada bapa Muhammad Azeem, Mohd. Fahmi Tajuid, 53, yang ditemui di kediamannya di Teluk Intan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELARI pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi atau lebih dikenali sebagai ‘Usain Bolt Malaysia’ hari ini ditawar masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam pengajian diploma beserta biasiswa universiti tersebut.

Pengarah Akademik UPSI, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Razalli berkata, atlet olahraga yang berusia 18 tahun ini berjaya mengungguli acara 100 meter, Kejohanan Olahraga Terbuka Perak 2022 dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tawaran tersebut bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik dan sukan beliau dengan memperoleh keputusan 6A dalam SPM serta kecemerlangannya menjulang pingat Olahraga Terbuka Perak 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahim menyerahkan surat tawaran kepada bapa Muhammad Azeem, Mohd. Fahmi Tajuid, 53, yang ditemui di kediamannya di Teluk Intan.

“Mohd. Fahmi ketika ditemui gembira dengan hasrat UPSI serta akan mempertimbangkan tawaran selepas berbincang dengan Muhammad Azeem sendiri,” jelasnya.

MUHAMMAD AZEEM FAHMI

Sementara itu Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, sebagai universiti pendidikan utama negara, UPSI sentiasa memberi ruang sokongan kepada para atlet tanah air yang dilihat dapat memacu kepada kecemerlangan sukan negara sekali gus mengharumkan nama universiti ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Profesor Dr. Marzita Puteh pula berkata, UPSI sentiasa komited dalam memberikan pendidikan holistik demi menghasilkan graduan yang berkualiti selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi.

Dalam Sukan SEA 2021 di Vietnam tempoh hari, penyertaan Muhammad Azeem dalam acara 100 meter dibatalkan wasit selepas dia didapati bermula awal sebelum daripada tembakan dilepaskan ke udara.

-EDISI9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan