28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Punca penyakit misteri Musang King dikenal pasti

Hampir 100 pengusaha durian Musang King di Tanah Merah dan Jeli mengalami kerugian lebih RM1juta apabila buah di kebun mereka mengalami kerosakan akibat penyakit misteri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pertanian Negeri Kelantan mengambil sampel durian Musang King yang dilaporkan diserang penyakit misteri sehingga menyebabkan buah buruk dan berulat untuk dihantar ke makmal bagi tujuan dianalisis.

Pengarahnya, Norbahani Zakaria berkata, keputusan ujian berkenaan akan diberitahu segera sebaik punca dapat dikenal pasti, selain membolehkan pihaknya menasihatkan cara terbaik yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah terbabit.

Menurutnya, tinjauan dan pengamatan pada peringkat awal mendapati situasi berkenaan berlaku akibat daripada kelembapan ladang yang tinggi disebabkan hujan berpanjangan bermula Februari lalu.

“Saya sendiri bersama pegawai Biosekuriti Tumbuhan Negeri Kelantan dengan kadar segera turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang terjadi pada tanaman pengusaha durian selain mengambil tindakan yang sepatutnya.

Advertisements

“Selain itu, siasatan awal setelah beberapa kebun dilawati mendapati kadar atau peratus kerosakan adalah berbeza bergantung kepada keadaan kebun dan pengurusan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Norbahani berkata, pihaknya akan cuba membantu sebaik mungkin untuk mengkaji punca sebenar yang menyebabkan keadaan sebegini berlaku serta mengharapkan kerjasama baik daripada pengusaha tanaman bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Semalam, akhbar melaporkan hampir 100 pengusaha durian Musang King di Tanah Merah dan Jeli mengalami kerugian lebih RM1juta apabila buah di kebun mereka mengalami kerosakan akibat penyakit misteri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan