28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Malaysia, Arab Saudi perkukuh hubungan pertahanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Arab saudi bersetuju untuk mengukuhkan hubungan bagi memperkasakan industri pertahanan kedua-dua negara kepada tahap yang lebih tinggi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan menerusi sebuah pembentukan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) di bawah tiga prinsip utama.

“Antaranya ialah kerjasama ketenteraan, kolaborasi industri pertahanan, dan kerjasama kebajikan veteran tentera.

“Bagi meningkatkan kerjasama ketenteraan, tiga bidang utama akan diberikan tumpuan iaitu kepakaran, perubatan dan perisikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai lawatan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab saudi, Putera Mohammed Salman, Hishammuddin berkata, beberapa siri perbincangan telah dilakukan bagi mengkaji isu serantau dan antarabangangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Baca juga:   12 penuntut IPT terima biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Jelasnya, kedua-dua negara komited untuk meningkatkan kerjasama dua hala sedia ada menerusi hubungan pertahanan serta mempergiatkan kerjasama dalam perdagangan, ekonomi, pelaburan dan keselamatan.

“Mengenai antiterorisme, kedua-negara negara turut bersetuju menggandakan usaha dua hala dalam memerangi dan membendung ancaman keganasan dan ekstremisme.

“Selain itu, satu kumpulan kerja akan ditubuhkan antara Pihak Berkuasa Am Industri Ketenteraan Arab Saudi (GAMI), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) melalui Bahagian Industr Pertahanan (DID) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” ujarnya.

Tambahannya, Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI) juga turut bersetuju untuk berkerjasama dengan LTAT bagi meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.-Edisi 9

Baca juga:   Perselisihan ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik

Terkini

PM catat sejarah di pentas dunia, bawa pendirian berani Malaysia

Oleh DATUK SERI MOHD SALIM MOHD SHARIF PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin...

Lagi Artikel Berkaitan