25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, August 19, 2022

Gugur Tajuddin bukan gambaran UMNO hadapi krisis dalaman

Khamis lalu, MKT UMNO mengumumkan Tajuddin digugurkan daripada ahli MT menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGGUGURAN Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak menggambarkan wujudnya krisis dalaman parti itu.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO tidak menghadapi sebarang krisis dalaman ketika ini dan menafikan wujudnya puak tertentu di dalam parti itu.

“Tidak ada apa-apa krisis, kalau nak krisis, ia akan jadi puak, jadi pasukan, itu baru lah krisis, ini tidak jadi puak apa-apa pun.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan skrol diploma dan sijil kepada 648 graduan Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada majlis konvokesyen ketiga kolej itu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus hari ini.

Khamis lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengumumkan Tajuddin digugurkan daripada ahli MT menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.

Baca juga:   Pendeposit TH jangan terpedaya tawaran dana tunai haji

Jawatan tersebut telah diganti oleh bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil yang telah mengangkat sumpah pada Jumaat.

Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk yang mengaitkan wujudnya perpecahan dalam kalangan pucuk pimpinan UMNO.

-EDISI9

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan