25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Zii Jia juara Terbuka Thailand, ketepi pemain China

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAGUH badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mengungguli Terbuka Thailand selepas mengetepikan pemain China, Li Shi Feng pada aksi final di Impact Arena, Bangkok, sebentar tadi.

Pemain berusia 24 tahun itu meraih kemenangan dalam pertarungan tiga set 17-21 21-11 23-21.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia muncul pemain ketiga negara merangkul gelaran itu selepas Yong Hock Kin pada 2001 dan Hafiz Hashim (2005).

Pada aksi tersebut, Zii Jia yang diletakkan selaku pilihan keenam kejohanan terpaksa akur apabila ditewaskan dengan keputusan 17-21 pada set pertama kepada pemain ranking ke-50 dunia itu.

Namun, Zii Jia menunjukkan taring sebenar pada set kedua dengan meraih kemenangan mudah untuk mengheret perlawanan rubber set selepas merekodkan keputusan 21-11.

Pada set ketiga, atlet kelahiran Alor Setar, Kedah ini terpaksa bekerja keras apabila Shi Feng dilihat mendominasi saingan dengan mendahului 11-4 dan 16-12 termasuk menyelamatkan mata kemenangan yang diraih pemain tersebut ketika kedudukan terikat 20-19.

Baca juga:   PM anggap kemelut Zii Jia, Jin Wei dengan BAM selesai

Bagaimanapun, Zii Jia yang kini berusia 24 tahun dilihat lebih tenang pada situasi genting dan berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 23-21 dalam tempoh keseluruhan 69 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Zii Jia menjulang kejuaraan antarabangsa kedua berturut-turut tahun ini selepas melakar kemenangan pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina pada 1 Mei lepas.

Baca juga:   Zii Jia berentap lawan Axelsen final Seluruh England

Terdahulu, Zii Jia telah menewaskan, Ade Resky Dwicahyo dari Azerbaijan, Kai Schafer (Jerman), Shesar Hiren Rhustavito (Indonesia) dan rakan senegara, Liew Daren sebelum menempah tiket ke perlawanan akhir Terbuka Thailand.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan