36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pengguna AirAsia boleh tuntut pampasan – Alexander

Pampasan boleh dituntut sekiranya kelewatan, penangguhan atau pembatalan bukan atas faktor 'luar biasa' seperti keselamatan atau cuaca ekstrem

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARA penumpang AirAsia yang berhadapan dengan isu pembatalan dan penundaam jadual penerbangan berhad menuntut pampasan daripada pihak berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, antara pampasan yang boleh dituntut ialah makanan, panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih.

Beliau, pengguna juga berhak menuntut penginapan hotel dan pengangkutan bagi penangguhan selama lima jam atau lebih serta pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif sekiranya penerbangan dibatalkan.

“Bagi makluman pengguna perkhidmatan penerbangan, anda berhak menuntut pampasan (tertakluk kepada beberapa faktor) bagi meneruskan perjalanan.

“Satu-satunya pengecualian bagi mendapatkan pampasan adalah apabila berlakunya suatu ‘keadaan luar biasa’ yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan para penumpang syarikat penerbangan itu yang menghadapi masalah kelewatan, penangguhan dan pembatalan penerbangan ke beberapa destinasi sejak kebelakangan ini.

Keluhan salah seorang penumpang AirAsia yang berhadapan isu penangguhan dan kelewatan penerbangan.

Alexander berkata, sekiranya pengguna berpandangan tidak menerima pampasan sewajarnya, mereka boleh mengemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum menghubungi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDNHEP akan menjalankan siasatan berhubung isu Air Asia menunda serta menjadualkan semula penerbangan.

Sebagai menteri yang ditugaskan menjaga pengguna, katanya, beliau mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan disuarakan orang ramai berhubung kelewatan penerbangan Air Asia membabitkan pelbagai destinasi dalam negara.

“Kelewatan ini dikesan sudah berlaku sejak penghujung bulan lalu dan masih berlanjutan bagi tempoh selepas raya ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi merungkai permasalahan tersebut demi memastikan ia tidak berlanjutan serta berulang pada masa depan.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan