25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Pejabat Pak Cik Radzi diharap cetus semangat generasi muda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM ‘Lawatan ke Pejabat Pak Cik Radzi’ sempena Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri dan Hari Terbuka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pagi semalam diharap dapat memberi semangat, motivasi dan inspirasi kepada anak-anak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, beliau sangat bebesar hari menerima kunjungan 101 anak-anak dalam program berkenaan.

“Saya aturkan program khas ini untuk memberi peluang kepada anak-anak untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman berada di pejabat Menteri Kanan Pendidikan.

“Macam-macam soalan yang diajukan. Ada juga yang menceritakan pengalaman belajar semasa sekolah ditutup akibat pandemik COVID-19 dan mahu sekolah terus dibuka untuk mereka belajar secara bersemuka,” kongsinya hari ini.

Radzi mengucapkan terima kasih kepada anak-anak serta ibu bapa yang memberi kerjasama dan bersemangat menjayakan program ini.

Baca juga:   PPV IDCC Shah Alam ditutup sehari, petugas positif Covid-19

“Anda semua memang terbaik. Semoga program ini dapat memberi semangat, motivasi dan inspirasi kepada anak-anak kita dalam mencorak masa depan yang lebih gemilang, insyaAllah.

“Jika ada kesempatan, kita usahakan lagi program sebegini di lain masa,” katanya.

Rata-rata murid serta pelajar sekolah yang terpilih sempena program berkenaan berasa sangat teruja dan tidak kurang juga ada yang bercita-cita bergelar pemimpin yang terbaik suatu hari nanti.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan