25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

HFMD : 180 tabika, taska Kemas ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 180 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ditutup susulan penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara setakat semalam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 105 premis membabitkan tabika manakala selebihnya adalah taska Kemas.

Menurutnya, penutupan premis terbabit dilaksanakan selama 10 hari selepas mendapat nasihat daripada pejabat kesihatan negeri masing-masing.

“Saya difahamkan setakat ini Melaka dan Negeri Sembilan tidak terlibat dengan penutupan tadika dan taska Kemas kerana tiada jangkitan HFMD dikesan.

“Kalau di Pahang terdapat empat premis tadika dan taska ditutup selepas didapati berlakunya penularan penyakit terbabit,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kemas negeri Pahang di Universiti Kolej Yayasan Pahang di sini hari ini.

Baca juga:   'Ahli Parlimen' didakwa ugut wanita, tiada tindakan lanjut

Hadir sama, Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Beliau berkata, kanak-kanak tabika dan taska Kemas akan diasingkan sekiranya didapati mempunyai gejala HFMD bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain.

Jelasnya, dalam tempoh penutupan premis itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan.

Mahdzir menambah, pihak Kemas sentiasa memantau kehadiran kanak-kanak ke tabika dan taska setiap hari.

“Kita telah meminta semua pendidik masyarakat tabika dan taska mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan membuat saringan awal seperti mengukur suhu badan setiap kali kanak-kanak ini hadir ke kelas.

Baca juga:   MOF saran DFI rangka penyelesaian bantu pulih perniagaan

“Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau kesihatan anak-anak dan tidak perlu hantar mereka ke tabika atau taska jika ada gejala seperti demam, tanda-tanda ulser pada mulut dan lidah serta ruam, lepuh pada tangan dan kaki,” katanya.


Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan