25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


KERAJAAN tidak bercadang menutup semula pintu sempadan meskipun berlaku penularan virus cacar monyet di beberapa negara.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) hanya akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

“Setakat ini tidak (ditutup). Saya tahu cacar monyet sudah mula merebak. Setakat ini tidak ada di Malaysia. Kita memperketatkan kawalan pintu masuk kita tetapi belum tutup, kita tidak tutup,” katanya, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Kajian Kematian Perioperatif (POMR) Kebangsaan kali ke-7 di sebuah hotel di Ayer Keroh.

Beliau mengulas mengenai satu kes virus cacar monyet di kesan di Singapura yang disyaki dibawa masuk seorang warganegara Nigeria di republik itu.

Baca juga:   Guan Eng 'CM Pulau Pinang' hari minggu sindir Ka Siong

Menurut Noor Azmi lagi, pihaknya akan melakukan saringan lebih ketat kepada pengembara dari negara endemik yang dikesan mempunyai kes virus cacar monyet.

Antaranya ujar beliau, ialah dari Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.

KKM jelasnya, mempunyai kepakaran dalam mengesan virus berkenaan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, MAQIS, Jabatan Veterinar serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), bagi mengesan penularan virus berkenaan.

Baca juga:   Moratorium: Pemuda UMNO gesa kerajaan guna 3 kuasa

“Sehingga kini Malaysia masih belum merekodkan sebarang kes cacar monyet,” katanya.

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan