28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2,599 kes sembuh, atasi 1,251 kes baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 2,599 kes sembuh COVID-19 dilaporkan semalam, sekaligus mengatasi 1,251 kes baharu menjadikan sehingga kini sebanyak 4,393,689 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, daripada kes harian itu membabitkan 1,242 kes penularan tempatan dengan sembilan lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan menjadikan sehingga kini angka jangkitan berkenaan meningkat kepada 4,455,364 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini, setakat ini terdapat sejumlah 26,099 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Jumlah itu membabitkan 95.7 peratus atau 24,978 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah; hospital (1,026), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (19), Unit Rawatan Rapi (ICU) (37) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (39).

Terdapat tiga negeri mencatatkan pertambahan kes tiga angka iaitu paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 438 kes, diikuti Kuala Lumpur (284) dan Pulau Pinang (100).

Selain itu, bagi negeri lain pula ialah Perak dengan 64 kes baharu, Kedah (61), Melaka (57), Johor (50), Negeri Sembilan (43), Sarawak (34), Pahang (27), Sabah (26), Terengganu (19), Putrajaya (17), Kelantan (15), Perlis (14) dan Labuan (2).

Sementara itu, mengenai angka korban di negara ini, sehingga kini sebanyak 43,106 kes kematian sudah dilaporkan di negara ini.

Jumlah itu dicapai selepas pertambahan sembilan kes kematian semalam termasuk dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Selangor mencatatkan tiga kes kematian, termasuk satu kes BID, disusuli dua kes di Kedah termasuk satu kes BID dan masing-masing satu kes kematian di Perak dan Pulau Pinang.

Sementara itu, bagi pemberian vaksin COVID-19 di negara ini, secara keseluruhannya semalam sebanyak 19,105 dos diberikan, jumlah itu membabitkan 4,382 bagi dos pertama, dos kedua (13,214) dan dos penggalak (1,509 dos).- Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan