31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Zahid beri peringatan usah terpengaruh taktik parti luar

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada ahli-ahli UMNO termasuk para pemimpin peringkat bahagian agar tidak terpengaruh dengan taktik parti luar.

Presiden UMNO itu berkata, ahli-ahli parti yang setia perlu mengutamakan parti sendiri manakala parti luar — lebih-lebih lagi yang telah mengkhianati muafakat parti — tidak wajar diberikan keutamaan.

Beliau berkata, ketika musuh luar parti bermuslihat dan dengan licik cuba memperdaya parti lawan menggunakan pelbagai taktik dan strategi, ahli-ahli UMNO perlulah lebih bijaksana dalam membaca gerak geri lawan.

“Jangan pula tindak tanduk kita umpama musuh parti luar yang sama menari ikut rentak mereka.

“Sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti dapatlah dianggap kebetulan, namun sudah beberapa kali itulah namanya bukan kebetulan lagi!,” tegas beliau menerusi Telegram hari ini.

Peringatan Zahid itu dipercayai ditujukan kepada Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini membuat kenyataan agar UMNO tidak memperbesarkan isu “PasLeak”.

Advertisements

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, “PasLeak” yang didakwa mengandungi pakatan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO adalah sesuatu yang bukan luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Ia susulan tindakan Perhubungan UMNO Kelantan yang menuntut penjelasan berhubung kenyataan dalam dokumen yang didakwa laporan gerak kerja parti Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) manakala laporan polis juga sudah dibuat berhubung kandungan dokumen tersebut.

Zahid berkata, ahli-ahli UMNO perlu terus merapatkan barisan, mengukuhkan kesiapsagaan dan menolak musuh parti.

“Sekali kita bersetia, janganlah berderhaka kepada parti. Tanpa parti tiadalah jawatan menteri atau lantikan politik,” kata Zahid dalam nada yang agak keras.

Katanya, ahli-ahli parti yang setia sudah tentu akan sentiasa berwaspada dengan setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan