33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PM umum tol percuma, diskaun di 30 lebuh raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian tol percuma dan pemberian diskaun sehingga 50 peratus membabitkan 30 lebuh raya di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, ia selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei depan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya terlibat membabitkan manfaat keseluruhan berjumlah RM77.11 juta.

“Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.

“Pemberian tol percuma membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

“Ia akan bermula pukul 12 tengah malam pada 30 April ini sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei, kepada semua kelas kenderaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, berbanding tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara–Selatan dan LPT juga akan diberikan ketika orang ramai dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing.

Katanya, ia akan mula berkuat kuasa pada pukul 12 tengah malam 7 Mei sehingga pukul 11.59 malam keesokan harinya membabitkan semua kelas kenderaan.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian diskaun antara 30 peratus dan 50 peratus yang diberikan kepada para pengguna di lebuh raya lain pada tarikh yang sama untuk semua jenis kenderaan.

“Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama-sama orang tersayang,” katanya.

Ismail Sabri berkata, keputusan kerajaan itu juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Pada masa sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini.

“Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya,” katanya.-Edisi 9

Senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:

1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL – Karak (KLK)

Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus:

10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

11. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)

12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

15. Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH)

16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

17. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)

Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 30 peratus :

18. Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong
(SMART)

19. Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

20. Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR)

21. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

22. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )

23. Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)

24. Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah
(JPP2)

25. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

26. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat
(SPRINT)

27. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

28. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND
SEPADU)

29. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)

30. Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan