27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerajaan beri jaminan, subsidi haji diberi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi jaminan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji diteruskan tahun ini, bagaimanapun kadar yang akan ditanggung masih belum diputuskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau akan berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah susulan jangkaan kos mengerjakan haji pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000.

“Peningkatan tersebut ekoran kenaikan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Arab Saudi.

“Subsidi akan kita bagi, Insya-Allah. Berapa kita bagi nanti kita akan maklum saya tak boleh umum lagi, benda itu masih embargo,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan, di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, selepas perbincangan selesai diadakan dengan TH, beliau akan memberi penerangan kepada jemaah menteri yang akan memutuskan jumlah subsidi yang akan diberikan kepada jemaah haji.

Semalam, TH melaporkan kos menunaikan haji dijangka meningkat kepada 12 peratus tahun ini berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada 2019.

Advertisements

Kenaikan itu mengambil kira cukai tambah nilai (VAT) daripada lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan lain.

TH mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun lepas walaupun kos untuk menunaikan haji meningkat setiap tahun.

Pada majlis hari ini, Idris mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1.03 juta kepada 12 hospital dan pusat perubatan di Wilayah Persekutuan untuk membantu pesakit.

Penerima ialah Hospital Canselor Tunku Muhriz, Yayasan Institut Jantung Negara, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Labuan, Majlis Kanser Negara, Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Tunku Azizah, Hospital Angkatan Tentera Malaysia Tunku Mizan, Institut Kanser Negara, Hospital Rehabilitasi Cheras dan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia.

“Sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh hospital dan institusi kesihatan untuk membantu para pesakit yang kurang berkemampuan yang memerlukan peralatan perubatan, pembelian ubatan khas dan bantuan am seperti pembedahan atau rawatan susulan,” kata Idris. – Bernama

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan