25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Semua PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup – KKM

Kadar pemberian dos penggalak bagi populasi dewasa sudah melebihi 66 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang ditutup mulai 15 Mac lalu setelah beroperasi bagi pemberian dos penggalak sejak 27 Januari lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, PPV berkenaan ialah PPV World Trade Centre KL, PV Axiata Bukit Jalil, PPV IDCC Shah Alam dan PPV Sokha Gakai Klang.

Menurut KKM, ProtectHealth juga telah mengeluarkan kenyataan pada 9 Mac lalu memaklumkan mengenai penutupan PPV offsite secara berperingkat mulai Mac 2022 apabila kadar pemberian dos penggalak bag penduduk dewasa mencapai 64 peratus.

“Untuk makluman, sehingga 16 Mac, 66.2 peratus daripada penduduk dewasa yang layak telah menerima dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, KKM meminta individu yang masih belum menerima vaksinasi lengkap, vaksinasi dos penggalak atau ibu bapa yang ingin membawa anak mendapatkan vaksinasi kanak-kanak, sama ada dos pertama atau kedua, boleh mendapatkan vaksinasi boleh memilih beberapa kaedah.

“Mereka boleh membuat tempahan slot vaksinasi mengikut PPV yang dipilih. Tempahan boleh dibuat melalui pautan yang akan dihantar bersama janji temu ke aplikasi MySejahtera anda,” kata kenyataan itu.

KKM berkata, orang ramai boleh berkunjung ke PPV pengamal perubatan swasta berdekatan yang menawarkan vaksinasi kanak-kanak dan dos penggalak seperti yang disenaraikan di laman web ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my.

Advertisements

Selain itu, individu yang berminat boleh walk-in ke PPV offsite yang mash beroperasi.

“Individu boleh membuat semakan senarai PPV offsite dari semasa ke semasa di laman web ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my.

Dalam pada itu, KKM mengingatkan orang ramai bahawa varian Omicron tetap serius dan boleh menyebabkan komplikasi teruk terutamanya kepada individu yang masih belum menerima vaksinasi lengkap atau langsung tidak divaksinasi serta golongan yang berisiko tinggi iaitu warga emas dan individu dengan komorbid dan belum menerima dos penggalak.

“Ibu bapa juga dinasihatkan untuk merebut peluang untuk mevaksinkan anak-anak mereka bagi melindungi mereka daripada jangkitan varian Omicron yang lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian akibat COVID-19 dan komplikasinya (MICS),” katanya.

KKM berkata, bagi memastikan fasa peralihan ke endemik yang akan bermula pada 1 April ini dapat dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah untuk memupuk kesedaran dan solidariti komuniti, memperkasa tanggungjawab individu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan