24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

Pertanian: MAFI bincang dengan Kerajaan Negeri tempoh TOL

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) disaran berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi menangani masalah tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang dihadapi oleh usahawan-usahawan tani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan adalah untuk
memanjangkan tempoh sewaan atau pajakan bagi mewajarkan pelaksanaan projek-projek pertanian berdaya maju.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) juga bersetuju agar ketiga-tiga kertas yang dibentangkan iaitu Cadangan Modenisasi dan Pertanian Pintar Melalui Pemerkasaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pembangunan Bakat Usahawan Tani Negara 2022-2027 dan Transformasi Pertanian Malaysia dinilai secara bersekali sebagai satu inisiatif komprehensif mengukuhkan sektor pertanian negara.

“Selain itu, mesyuarat juga menetapkan bahawa Sekretariat EAC, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan (MOF) dan MAFI mengambil tindakan selanjutnya bagi melaksanakan cadangan kerjasama awam swasta yang dibentangkan oleh Aerodyne Group melalui kertas pembentangan Transformasi Pertanian Malaysia dan keperluan tanah berkeluasan 40 hektar bagi Projek Perintis.

Baca juga:   PM minta jentera BN siap siaga, PRU-15 bila-bila masa

“Kita berharap agar sektor tani dan industri pengeluaran makanan negara dapat bergerak maju dan memacu usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan negara dan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sempena mesyuarat EAC berkenaan modenisasi sektor tani dan agro makanan sebagai mekanisme pemulihan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, mensyuarat EAC itu mengambil maklum hala tuju sektor agro makanan negara yang telah digariskan di bawah RMKe-12 dan bersetuju untuk memberi fokus terhadap usaha modenisasi dan menggalak pertanian pintar.

Baca juga:   UMNO mesti belajar dari kesilapan buat percaturan

“Perbincangan adalah melibatkan pembentangan-pembentangan oleh pihak MAFI, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Syarikat Aerodyne Group bersama ahli-ahli EAC dan tokoh usahawan tani Malaysia.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga sekolah di Johor dinaiki air, 19 dijadikan PPS

SEBANYAK tiga buah sekolah di Johor telah dinaiki air manakala 19 buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata...

Lagi Artikel Berkaitan